Pengarah program itu, Nik Akhtar Nasuhah Nik Mustafa berkata, larian itu melibatkan dua jarak iaitu 10 kilometer bagi kategori peserta Jomkurus dan orang dewasa, serta 5 kilometer bagi kategori kanak-kanak dan veteran.

Katanya, program tersebut diadakan dengan kerjasama pihak polis, Politeknik Kota Bharu (PKB), Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Majlis Daerah Ketereh serta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

“Objektif utama penganjuran program ini bertujuan mendedahkan peserta tentang program Jomkurus musim 12 tentang di samping menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.


Antara peserta yang berpakaian ala kampung menyertai program Kampung Run Jomkurus 2019 di Dataran Kada Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Dalam program itu, Amiruddin Nasir, 29, dan Nur Syaripah Rozaki, 28, tampil juara bagi kategori lelaki dan perempuan bagi larian 10 kilometer.

Hadiah untuk juara bagi kedua-dua kategori adalah wang tunai RM250, kedua RM200 dan RM150 untuk tempat ketiga. - UTUSAN ONLINE