Pemiliknya, Adni Hairee Adnan berkata, program kemasyarakatan itu merupakan kali pertama dianjurkan oleh pihaknya bagi menceriakan golongan kurang berkemampuan tersebut.

Katanya, dengan aktiviti amal itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka menikmati sajian barat dan stik yang berkhasiat di kedainya.

“Melalui program murni ini sekaligus membolehkan kita semua berkumpul untuk berbuka puasa bersama dalam rasa kasih sesama insan.

“Ini merupakan sumbangan kecil untuk yang kurang bernasib baik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Adni Hairee, pihaknya akan menyediakan sebanyak 10 hidangan percuma bagi 10 orang setiap hari bermula hari ketiga Ramadan nanti.

Sementara itu, Adni berkata, pihaknya juga kini mengadakan promosi dengan potongan sebanyak 15 peratus untuk setiap hidangan stik.

“Tawaran ini bermula 21 April lalu hingga 4 Mei melibatkan pelbagai hidangan stik yang istimewa dimana pengunjung boleh jimat sehingga RM150.

“Kesemua daging kami sediakan halal dan antara hidangan stik premium untuk dinikmati adalah Grainfed, Angus, Australian Wagyu dan Japanese Wagyu A5 dari Kagoshima, Japan,” ujarnya

Jelasnya, untuk maklumat lanjut dan sebarang pertayaan boleh menghubungi talian 010-2581001. - UTUSAN ONLINE