Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

178 calon SPM sertai Program Kemuncak Kerjaya 2017

178 calon SPM sertai Program Kemuncak Kerjaya 2017
SEBAHAGIAN pelajar yang menyertai Program Kemuncak Kerjaya 2017 di SMK Kadok, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN

KOTA BHARU 12 Sept. - Seramai 178 bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 42 buah sekolah di jajahan ini diberi pendedahan awal mengenai hala tuju pendidikan menerusi Program Kemuncak Kerjaya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok di sini hari ini.

Program tersebut merupakan anjuran anak syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) iaitu Nafas Modal Insan Sdn. Bhd (NMISB) dan turut melibatkan seramai 41 guru bimbingan dan kaunseling.

Menurut Pengurus Pemasaran, Kemasukan dan Penajaan Pelajar Nafas Modal Insan Sdn. Bhd (NMISB), Roziana Bakar, pendedahan awal penting bagi memastikan pelajar dapat menentukan hala tuju mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Melalui program ini kita turut membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar bahawa mereka boleh berjaya sekiranya berusaha bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui hari ini. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain