MOHD. NAZREE MOHD. YUNUS
MOHD. NAZREE MOHD. YUNUS

Calon Naib Ketua AMK, Mohd. Nazree Mohd. Yunus berkata, kumpulan itu termasuk lima ketua cabang yang telah menang tanpa bertanding dalam pemilihan kali ini iaitu Pengkalan Chepa, Ketereh, Machang, Kota Bharu dan Tumpat.

Selain itu katanya, kumpulan sama juga memberi sokongan penuh kepada Dr. Afif Bahardin sebagai Ketua AMK.

“Kita berpendapat, rekod pencapaian Mohamed Azmin selaku Menteri Besar Selangor menonjolkan pencapaian yang baik.

“Ini adalah satu perkembangan yang cukup baik di sini, selain AMK Negeri Sembilan yang menjadi negeri pertama yang membuat komitmen sokongan yang sama,” katanya selepas meluangkan masa selama sejam bersama AMK negeri, malam tadi.

Pemilihan PKR 2018 diadakan bulan depan menyaksikan Mohamed Azmin sebagai penyandang dicabar Rafizi Ramli dalam pertembungan satu lawan satu.

Kira-kira 800,000 anggota PKR layak memilih pada pemilihan parti kali ini. - UTUSAN ONLINE