Acara yang bermula kira-kira pukul 9.15 pagi itu turut disertai Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi dan Imam Tua, Sabri Abdullah.


Pada program itu, peserta hanya mengambil masa kurang setengah jam dari pekarangan masjid dan melalui jalan utama di bandar Kubang Kerian sebelum kembali semula ke masjid berkenaan.


Menurut Setiausaha karnival, Amira Nur Syafiah Mohammad, tujuan program ‘walkathon’ diadakan adalah sebagai tarikan dan galakan untuk masyarakat datang ke masjid.


“Program ‘walkathon’ ini adalah kali pertama kita masukkan sebagai salah satu acara karnival yang sudah beberapa tahun kita anjurkan.


“Kami berharap orang awam akan juga menjadi lebih bersemangat melihat golongan muda kini semakin dekat dengan masjid, “ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Karnival Bestnya Gi Sejid yang telah berlangsung sejak Khamis menyediakan pelbagai aktiviti dan acara termasuk forum dan sukan rakyat.- UTUSAN ONLINE