Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, latihan itu bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anggota khususnya ketika operasi menyelamat dijalankan.


Katanya, sebelum ini, tidak semua anggota APM mempunyai kemahiran tersebut.


“Sambutan peserta wanita seramai 25 orang bagi mengikuti latihan, begitu bermakna sekali.


“Latihan dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu Kumpulan Asta, Asto Mers, Skuad Alpha, Skuad Bravo, Skuad Chalie, Skuad Delta, Skuad Echo, Skuad Foxtrot dan Asto Pemandu,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, pemilihan lokasi latihan di Pantai Merdeka disifatkan sebagai bersesuaian kerana mempunyai banyak kemudahan disediakan.


Dalam pada itu, pegawai yang terlibat dalam latihan renang ialah Leftnan Muda (PA) Hasrul Mohd. Heary Halim; Sarjan Mejar (PA) Ahmad Fauzi Azizan; Sarjan (PA) Mohd. Salleh Wahab; Sarjan (PA) Muzaimi Ismail; Sarjan (PA) Siti Zubaidah Shafii dan Lans Koperal (PA) Quairulanuar Che Hussain.


Latihan pengemudian bot pula ialah Koperal (PA) Mohd. Amin Mahamud; Lans Koperal (PA) Ahmad Sobri Musa; Lans Koperal (PA) Mohd. Shahailee Murad; Mohd. Shamsul Halim; Lans Koperal (PA) Karim Hashim dan Lans Koperal (PA) Adnan Hassan. - UTUSAN ONLINE