Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, penghuni rumah ber­kenaan ternampak kelibat ular seberat 10 kilogram itu di kawasan berkenaan sebelum menghu­bungi APM.

Lelaki berkenaan, Mohd. Syuk­ri Shabudin, 31, berkata, ketika itu dia mahu ke bilik air dan terpe­rasan ada sesuatu yang berge­rak di atas siling dapur.

“Ketika mahu melangkah ke bilik air yang letaknya bersebelahan dapur, saya terpandang siling dan ternampak seperti kepala ular di celah-celah siling dapur.

“Saya amat terkejut melihatnya kerana ternampak kepalanya yang besar sedang menjulur keluar lalu saya segera ke dalam rumah memberitahu ahli keluarga yang lain,” kata Mohd. Syukri.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sik, Kapten (PA) Mohd. Mukhrij Md. Sabir berkata, mereka me­nerima panggilan kes sekitar pada pukul 4.10 petang dan mengambil masa lapan minit ke lokasi kejadian.

“Seramai empat anggota ber­gegas ke lokasi dan mendapati ular tersebut berada di dalam siling dapur menyebabkan anggota APM mengalami ke­sukaran untuk menangkap reptilia ber­kenaan.

“Ia sememangnya agresif dan kami terpaksa membuka siling dapur bagi mengesan kedudukan ular itu,” katanya.

Katanya lagi, sehingga kini terdapat 138 kes tangkapan ular dilakukan sejak Januari lalu dan meminta orang awam segera meng­hubungi APM jika terdapat gangguan reptilia berbisa di sekitar rumah mereka.