Pegawai APM daerah itu, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, anggota skuad Bravo diketuai Sarjan (PA) Aizon Majid bersama tiga orang rakannya telah ke lokasi kejadian pada pukul 9.24 pagi setelah menerima laporan berhubung penemuan seekor ular di dalam pagar sebuah rumah.

Katanya, penghuni rumah tersebut memaklumkan terdengar bunyi bising kera di kawasan hutan berhampiran dan setelah memeriksa terkejut menemukan ular berkenaan yang sedang kekenyangan.

“Ular ini mudah ditangkap anggota APM dengan menggunakan keadah tali jerut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, reptilia itu dibawa balik ke rumah binatang APM Kuala Muda untuk disimpan sebelum diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). - UTUSAN ONLINE