Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Safuwan Md. Saad berkata, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira pukul 2.40 petang dan tiba di lokasi kejadian 16 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa lelaki dan perempuan yang berusia dalam lingkungan 50-an keluar daripada kereta Mercedes Benz selepas diselamatkan orang awam.

“Kita kemudian menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali penyelamat. Kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagai kaki dan dahi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kereta tersebut dipercayai terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter itu selepas brek gagal berfungsi. - UTUSAN ONLINE