Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerja penyenggaraan itu melibatkan sekolah kebangsaan (SK), sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan kolej vokasional (KV) dan sekolah menengah teknik (SMT) di seluruh negara.

Menurutnya, peruntukan tersebut adalah sebahagian daripada RM500 juta yang diperuntukkan dalam tabung khas tersebut yang diumumkan Perdana Menteri menerusi Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu.

"Sebanyak 7,983 projek telah dikenal pasti di seluruh negara  pada tahun untuk dilaksanakan di bawah peruntukan PPKHAS itu yang mula diperkenalkan  pada tahun lalu. 

"Peruntukan tersebut meliputi skop kerja seperti kerja pembaikan bumbung dan saluran air hujan,  pembaikan dan penyenggaraan sistem kumbahan, pembaikan tandas dan sistem perpaipan dalam bangunan, perpaipan luar bangunan dan sistem bekalan air serta penyelenggaraan  sistem pendawaian elektrik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Pemilihan Kontraktor Secara Undian di bawah PPKHAS di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin dan Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Pelajaran Kementerian Pendidikan, Datuk Khalid Abu Bakar. - UTUSAN ONLINE