Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata anggota yang dilantik itu akan ditempatkan di tujuh buah sekolah menengah dan 21 buah sekolah rendah di daerah ini.

"Mereka akan menjadi perantara supaya apa sahaja permasalahan di sekolah berkaitan pelajar seperti penglibatan dengan gejala dadah dan rempit dapat diselesaikan.

"Sekiranya masalah ini dapat diatasi pada usia remaja kita dapat memupuk, membentuk serta menyemai generasi benci dadah sejak awal lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Langkawi 2019 di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata secara keseluruhan masalah jenayah melibatkan pelajar khususnya penyalahgunaan dadah masih terkawal. - BERNAMA