Urusetia majlis itu, Suriani Samsudin berkata, menu tersebut disiapkan secara gotong-royong oleh 100 orang peserta, termasuk oleh kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Merbok.

“Melalui kerjasama yang diberikan itu, termasuk merebus 60 kilogram (kg) ketupat dan membakar 50 kg lemang buluh, program ini menjadi lebih meriah,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut beliau, program diadakan itu berjaya mengeratkan hubungan baik di antara satu sama lain.

Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip pula berkata, pihaknya mengambil peluang untuk memberi duit raya kepada kira-kira 500 orang kanak-kanak yang hadir bersama keluarga masing-masing di majlis itu nanti. - UTUSAN ONLINE