Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Datuk Johari Abdul berkata, beliau percaya mereka mampu menjalankan tugas dengan baik jika mematuhi peraturan dikeluarkan kerajaan negeri.

Menurut beliau, setakat ini, belum ada sebarang laporan rasa tidak puas hati terhadap pelantikan ahli MPKK di negeri ini.

“Jika mereka gagal menjalankan tugas, pelbagai masalah yang timbul tidak dapat disalurkan kepada agensi kerajaan untuk diselesaikan.

“Bila maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan tepat, masalah dihadapi oleh penduduk dapat diselesai secara lebih mudah,” katanya kepada pemberita sempena Program Jelajah 1.0 2019 di Taman Sinar Mentari Bedong di sini, hari ini.

Sempena program itu, Johari turut menyampaikan sumbangan sebanyak 150 hamper mengandungi pelbagai barang makanan kepada penduduk semasa berada di Kampung Batu 5 Jalan Jeniang, Kilang Ketapan, Taman Sinar Mentari dan Tanjung Dawai di sini. - UTUSAN ONLINE