MAT JUHID OSMAN
MAT JUHID OSMAN

Kejadian kira-kira pada pukul 6.30 petang itu menyebabkan mangsa, Mat Juhid Osman, 49, dari Kampung Hulu Padang Sanai Kanan mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Noh Idris berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan abangnya, Husin Osman, 53, dalam perjalanan menuju ke arah motosikal yang diletakkan kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

“Tiba-tiba mangsa diserang seekor gajah dan mangsa mendapat kecederaan di kepala dan patah di tangan kiri.

“Sejurus selepas kejadian, abang mangsa yang turut berada di tempat kejadian membawa mangsa ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noh berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kuala Nerang dan bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian. - UTUSAN ONLINE