MUKHRIZ MAHATHIR
MUKHRIZ MAHATHIR 

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jumlah itu adalah permulaan bagi membiayai projek-projek yang sedang dikaji kerana kehilangan kira-kira 49 peratus NRW daripada 1,400 juta liter padu sehari (MLD) yang disalurkan pada masa ini, amat tinggi.

“Masalah NRW yang dibangkitkan masih tinggi, justeru, saya ingin laporkan bahawa dengan kerjasama Kementerian Kewangan kita sedang berunding dengan bank luar negara untuk mendapatkan pinjaman pada kadar bayaran mudah.

“Kita berharap (projek berkaitan) dapat dimulakan tahun ini jadi saya minta disegerakan kajian terperinci bersama Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk mengenal pasti projek apa yang terlibat dengan NRW yang boleh dilaksana melalui pembiayaan bank tersebut,” katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini, hari ini.

Semalam, Zamri Yusuf (PKR-Suka Menanti) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air dan Tenaga negeri menyasarkan penurunan NRW kepada tahap 40 peratus bagi mengurangkan kerugian perbelanjaan terhadap proses rawatan air di loji-loji, di negeri ini.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, beberapa kawasan di negeri ini dikesan mengalami masalah NRW yang kritikal, namun tidak boleh mendedahkan lokasi itu buat masa ini.

“Antaranya kawasan-kawasan yang kerap berlaku pembocoran (tetapi) buat masa ini tidak boleh diumum lagi kawasan itu selagi belum diputuskan oleh SADA bersama bank berkenaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE