Penyelaras program, Zaidi Zainun memberitahu, program seumpama ini berjaya menge­ratkan hubungan baik antara ketua jabatan, pihak media serta masyarakat setempat.

Katanya, mereka juga berpeluang meraikan golongan yang kurang bernasib baik selain menyampaikan sumbangan yang diharapkan dapat meringankan beban mereka terutama sepanjang Ramadan ini.

“Sempena sambutan Ramadan tahun ini, kita ambil peluang untuk menyerah bantuan makanan kepada 20 penduduk, termasuk kalangan warga emas dan ibu tunggal.

“Ramai antara penerima itu, begitu seronok apabila menerima beras, minyak masak, gula dan sebagainya, ia boleh digunakan sepanjang Ramadan ini,” katanya dalam majlis tersebut di sini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua MPK, Rohaizad Rashid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Yeo Keng Chuan dan Setiausaha MPK, Saiful Anwar Azmi.

Dalam pada itu, penerima bantuan dari Kampung Baru, Sungai Kob, Karangan, Khatijah Abdullah, 60, berkata, dia gembira menerima bantuan beras, gula dan minyak masak sempena sambutan Ramadan di tahun ini.

“Sumbangan ini boleh saya digunakan untuk masakan sepanjang bulan puasa Rakan-rakan lain juga gembira apabila menerima bantuan seumpama ini, nampaknya pihak berkenaan prihatin dan bersimpati kepada golongan yang memerlukan,” katanya.