Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan, Mohd. Asmirul Anuar Aris berkata, pesawat Cessna Grand Caravan Ex akan digunakan bagi membawa pengunjung ke Langkawi, di samping feri yang merupakan pengangkutan utama ke pulau itu.

“Perkhidmatan ini disediakan secara pakej dengan harga sebanyak RM790 seorang, merangkumi tambang penerbangan pergi dan balik dari Alor Setar ke Langkawi, tiket masuk ke pameran LIMA’19 serta pengangkutan, manakala kanak-kanak di bawah usia dua tahun tiada bayaran dikenakan.

“Selain itu, penumpang juga dapat merasai pengalaman terbang rendah pada paras 5,000 kaki, bagi memberi peluang melihat pemandangan di bawah sepanjang perjalanan ke sana,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penerbangan Khas sempena LIMA’19 Langkawi di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Puteh Ramli. - BERNAMA