Turut mengambil bahagian ahli-ahli Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).

Ketua Pegawai Kastam Daerah Sungai Petani, Mohd. Sukri Jusoh berkata, program kali kedua diadakan itu adalah merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) agensi berkenaan.

Beliau memberitahu, kerja-kerja mengacau bubur lambuk itu dimulakan pada pukul 9 pagi sehingga berjaya menghasilkan kira-kira 500 pek.

"Pek-pek itu kemudian diagih-agihkan kepada semua penduduk tanpa mengira kaum," katanya ketika ditemui.

Yang turut hadir Penolong Pegawai Penerangan Daerah Kuala Muda, Zatul-Iffah Wahab.

Pengerusi LKPIM Cawangan PPR 11 Flat Paya Nahu, Rozekna Hashim berkata, pihaknya mengalu-alukan program itu kerana boleh merapatkan hubungan kastam dan penduduk. - UTUSAN ONLINE