Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, kanak-kanak terbabit, Muhammad Nur-Eman Al-Rahdie Noreffendi disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Jitra.

Leher murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Malau itu dipercayai terbelit kain terbabit yang disangkut pada buaian bayi di pintu salah sebuah bilik di rumah berkenaan.

Mangsa didapati tidak sedarkan diri oleh ibu bapanya selepas dimaklumkan oleh adik perempuan yang berusia 10 tahun yang turut bermain bersama-samanya dengan seorang lagi adik lelaki mereka berumur tujuh tahun.

Difahamkan, kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan terduduk dengan matanya yang terpejam serta mulut berbuih sebelum bapa mangsa cuba menyelamatkannya dengan melakukan bantuan pernafasan.

Proses bedah siasat mayat kanak-kanak itu dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintenden Chien Chunng Tsaur ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Dalam pada itu, usaha mendapatkan reaksi keluarga mangsa di pekarangan Jabatan Forensik HSB gagal kerana masing-masing masih bersedih dan terkejut dengan kejadian terbabit. - UTUSAN ONLINE