Ketua Kastam Daerah Sungai Petani, Mohd. Sukri Jusoh berkata, pihaknya melancarkan kutipan tabung dan dalam masa tiga jam sahaja berjaya mengumpul wang sebanyak itu.


“Hasil kutipan telah diserah kepada Pegawai Daerah Kuala Muda, Md. Nordin Yahya selaku pengerusi pertubuhan itu.


“Terima kasih kepada Pengarah Kastam Kedah, Datuk Johari Alifiah kerana berpeluang hadir bagi memeriahkannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.


Mohd. Sukri berkata, sempena malam itu, berbagai acara menarik diadakan dengan semua kakitangan Kastam memakai pakaian mengikut tema Arab.


“Melalui program seperti ini, ia berjaya mengeratkan hubungan baik antara kakitangan di akhir 2018.


“Banyak kenangan pahit dan manis turut dirasai oleh kakitangan Kastam Daerah Sungai Petani, khususnya dalam menjayakan kutipan cukai selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” katanya,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE