Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JBPM, Datuk Amer Yusof berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.83 juta disediakan untuk membina 44 rumah baharu manakala sebanyak RM639,000 digunakan untuk membaikpulih 47 rumah.

“Setiap unit rumah baharu akan dibina dengan kos RM40,000 bagi semenanjung dan RM50,000 untuk Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah kepada peniaga, Mohd. Sabri Abdul Majid di bawah program NBOS di Lorong Seri Hujung di sini hari ini.

Majlis penyerahan kunci itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Abdul Razak Muda dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Suraya Yaacob. - UTUSAN ONLINE