Ular sepanjang lima meter dan seberat 30 kilogram itu ditemukan orang awam yang sedang berjoging dalam keadaan tidak mampu bergerak di kawasan anak sungai di kawasan tersebut, sebelum menghubungi pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai APM Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, ular itu berjaya ditangkap sebaik sahaja lima orang anggota Skuad Bravo diketuai oleh Sarjan (PA) Aizon Majid sampai di situ pada pukul 9.48 pagi.

“Anggota pasukan iaitu Pegawai Waran II (PA) Mohd. Azmi Shafie; Koperal (PA) Zaiton Mohamed Ali; Lans Koperal (PA) Siti Bariah Abu Bakar dan Prebet (PA) Azrull Azry Azmy terus bergegas ke lokasi sejurus menerima satu aduan daripada pengunjung di pusat rekreasi itu.

“Anggota APM terbabit kemudian menangkap ular sawa tersebut yang masih hidup dan dilepaskan ke habitatnya yang lebih selamat,” katanya ketika di temui di sini.

Menurut beliau, ketika ditemukan, reptilia tersebut mengalami kesan luka terutama di bahagian perut yang dipercayai akibat diserang oleh sekumpulan babi lain. - UTUSAN ONLINE