Perdana Menteri yang memandu sendiri kereta tiba di bazar berkenaan pada 5.55 petang diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Dr. Mahathir juga meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga di bazar tersebut selain orang ramai turut mengambil peluang bergambar dengan perdana menteri.

Antara juadah yang menjadi pilihan Dr. Mahathir ialah dadih, roti jala dan cucur udang.

Dr. Mahathir juga kelihatan tertarik dengan keunikan nasi ayam hijau kuning yang dijual di bazar itu.- BERNAMA