Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dadah: Kedah pandang serius

Susulan Bengkel Transformasi PPR Paya Nahu Negeri

AHMAD BAHSHAH MD. HANIPAH (tiga dari kanan) mengadakan lawatan
AHMAD BAHSHAH MD. HANIPAH (tiga dari kanan) mengadakan lawatan ke Flat Paya Nahu di Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 27 Nov. - Kerajaan negeri meman­dang serius kes dera di Flat Paya Nahu dekat sini baru-baru ini sekali gus menggerakkan agensinya dan pihak berkuasa melaksanakan pelbagai program dalam usaha memerangi dadah di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bahshah Md. Hanipah berkata, itu susulan daripada Bengkel Transformasi PPR Paya Nahu Negeri yang memutuskan semua agensi terbabit perlu mengambil langkah proaktif dalam menangani isu kepincangan dalam masyarakat.

Katanya, lima resolusi tersebut perlu dilaksanakan pelbagai pihak termasuk polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) serta anggota masyarakat sendiri.

“Saya mengambil serius kes salah guna dadah serta implikasi­nya ke atas institusi keluarga. Dalam kes yang berlaku di Flat Paya Nahu, kita menyaksikan satu tindakan tidak berperikemanusiaan kesan penyalahgunaan dadah. Institusi keluarga pincang, anak tidak berdosa menjadi mangsa.

“Susulan kes dera yang menyebabkan kematian anak tidak berdosa kesan pengaruh dadah, lima langkah perlu dilaksanakan segera oleh semua pihak terlibat,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Flat Paya Nahu, di sini hari ini.

Akhbar melaporkan mayat seorang budak berusia dua tahun ditemukan dalam keadaan menyayat hati dibalut dengan selimut dan disimpan dalam tong ikan di sebuah rumah di flat berkenaan.

Kakak kepada mangsa yang berusia empat tahun turut cedera disyaki didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya yang menghuni flat berkenaan.

Menurutnya, susulan kes itu, kerajaan negeri meminta pihak polis menubuhkan pondok polis di kawasan berisiko tinggi khususnya di kawasan perumahan awam kerana kajian mendapati di kawasan tersebut banyak menular kes penyalahgunaan dadah.

“Kedua, kerajaan negeri mengarahkan JKM dengan kerjasama penghulu dan diketuai pegawai daerah membuat bancian terpe­rinci dengan kerjasama AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) untuk kenal pasti keluarga bermasalah supaya langkah awal berhubung kebajikan dan kese­lamatan ahli keluarga mereka dapat dibela,” katanya.

Ketiga, tambahnya, JAIK dengan kerjasama pemimpin setem­pat diminta secara konsisten mengadakan kursus dan bimbingan kerohanian kepada keluarga yang dikenal pasti terlibat dalam gejala itu supaya ketahanan diri dapat ditingkatkan.

“Langkah pemulihan segera dirangka supaya keluarga terlibat dapat dijejaki dan masyarakat setempat perlu beri kerjasama.

“Selain itu, kegiatan sosial setempat melibatkan penganjuran ak­tiviti kemasyarakatan dari semasa ke semasa perlu diadakan, contohnya program keagamaan dan nilai-nilai murni supaya konsep kepedulian sesama jiran dapat ditingkatkan dan apa jua isu berbangkit dapat segera disalurkan pada pihak terlibat untuk diambil tindakan segera,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain