Menurut mereka, kawasan itu hendak dibangunkan sebuah projek perumahan dan kedai.

LOO SAW HORNG
LOO SAW HORNG 

Timbalan Pengerusi Persatuan Jayam negeri, A. Loganathan memberitahu, selain perumahan, kawasan itu sebelum ini turut menempatkan bangunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (KKPL) negeri.

Katanya, walau bagaimanapun bangunan KKPL itu telah pun dirobohkan pihak pemaju berkenaan pada 19 Disember lalu.

“Bangunan KKPL ini telah dirasmikan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'azzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pada 9 Januari 1964.

“Dalam hal ini, kami meminta pihak pemaju projek berbincang bersama penduduk sebelum apa-apa tindakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Penduduk, M. Selvam, 45, berkata, pihaknya meminta campur tangan pihak tertentu bagi membantu masalah penduduk.

Guru tuisyen yang tinggal di situ, Loo Saw Horng, 43, pula berkata, dia juga membuat laporan polis pada 5 Januari lalu selepas dua kakitangan pihak pemaju datang untuk memaklumkan yang rumahnya adalah antara bakal dirobohkan pada 15 Januari ini.

“Tujuan buat laporan adalah untuk keselamatan rumah, diri dan keluarga. Mereka memaklumkan rumah saya dan keluarga yang didiami ini akan dirobohkan seperti tarikh yang diberikan itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy ketika ditemui dalam majlis itu berkata, pihak pemaju dan KKPL perlu memberi perhatian serius terhadap penduduk di kawasan itu tanpa bertindak lepas tangan begitu sahaja.

Beliau bersimpati dengan nasib dihadapi penduduk di kawasan berkenaan dan meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee sama-sama mencari jalan untuk menangani permasalahan berkenaan.