Presiden KDFA, K. Gobalakrisnan berkata, sebanyak 50 pasukan dijangka menyertai kejohanan tersebut yang akan turut membariskan pemain-pemain dari luar daerah itu.

“Perlawanan akan berlangsung pada setiap Sabtu dan Ahad yang akan menyaksikan juara liga bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

“Manakala pemenang tempat kedua RM1,000 dan ketiga serta keempat masing-masing akan menerima hadiah RM700 dan RM500,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Gobalakrisnan, yuran bagi pertandingan itu sebanyak RM300 dan borang penyertaan boleh diperolehi di Kedai Sukan Al-Ikhsan Kulim Avenue Hi-Tech.

“Tarikh tutup penyertaan pada 22 Mac ini sebelum satu taklimat kepada pasukan diadakan pada 24 Mac di Kulim Inn, kira-kira pukul 9.30 pagi,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh diperlolehi dengan menghubungi Johan Jantan di talian 013-4883225. -UTUSAN ONLINE