Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia negeri, Fadzir Kamaruddin berkata, jumlah itu menunjukkan kesedaran orang ramai untuk menjadi ahli koperasi semakin meningkat.

Menurut beliau, modal syer koperasi yang berdaftar dengan pihaknya kini dianggar berjumlah RM342.5 juta dengan nilai aset lebih RM811.6 juta.

“Pada tahun lalu, koperasi-koperasi di negeri ini mencatat perolehan sebanyak RM378.25 juta. Menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan pihak koperasi termasuk penganjuran kursus akan membantu memperkemas perjalanan koperasi masing-ma­sing.

“Apabila ada ilmu berkaitan koperasi, mereka boleh memperelokkan koperasi masing-ma­sing termasuk berusaha men­da­patkan pinjaman tabung mo­dal pusingan tanpa cagaran RM50,000 serta pinjaman lain yang lebih baik hingga berupaya mencecah RM10 juta,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Kasih Gerakan Koperasi Negeri Kedah Peringkat Parlimen Sungai Petani 2018 di sini kelmarin.

Yang turut hadir Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Sungai Petani, Wan Mohalina Wan Mohamad.

Menurut Fadzir, koperasi di negeri ini dapat digerakkan dengan jayanya jika ahli lembaga pengarahnya berpandangan ­ja­uh tanpa bertelingkah sesama sendiri.

“Koperasi wanita juga boleh maju jika ahli lembaga pengarahnya sentiasa membuat pe­rancangan terbaik untuk melaksanakan projek jangka panjang,” ujarnya.