Klinik anjuran Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF) itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu.

Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Charon Mokhzani berkata, pihaknya amat menitikberatkan usaha untuk meningkatkan pencapaian murid-murid khususnya golongan kurang berkemampuan.

“MIDF juga berharap dapat membentuk masyarakat serta pemimpin masa depan yang cemerlang dan kami akan meneruskannya untuk membantu negara dalam pembentukan modal insan yang berkualiti,” katanya di sini hari ini.

MIDF yang ditubuhkan sejak 1960 menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang berdaya saing termasuk perbankan pelaburan, kewangan pembangunan dan pengurusan aset.

Sementara itu, Klinik UPSR yang menampilkan tenaga pengajar berpengalaman menumpukan kepada empat subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. -UTUSAN ONLINE