Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Anas Hafiz Mustaffa semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini, kira-kira pukul 11 pagi ini.

Jurucakap bekas pekerja itu, R. Kurtigis berkata, lebih malang, kawasan perumahan yang didiami kumpulan bekas pekerja di situ sejak 25 tahun turut kini dipotong bekalan air oleh pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) sejak awal bulan ini.

“Justeru, kami memohon Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir supaya dapat membantu menyambung semula bekalan air kepada penduduk atas dasat perikemanusiaan.

“Selain itu, memorandum ini juga memohon Menteri Besar menjadi orang tengah dalam perbincangan antara bekas pekerja ladang dan pemilik tanah,” katanya.

Beliau seterusnya meminta supaya Menteri Besar dapat membantu kumpulan bekas pekerja tersebut agar dapat memiliki rumah sendiri di atas tanah ladang itu.

“Ini boleh dilakukan dengan menggunakan wang pampasan diberikan pemilik tanah kepada kami hasil daripada keputusan mahkamah beserta skim bantuan bersubsidi,” katanya. - UTUSAN ONLINE