Kesemua mereka yang diganggu haiwan itu adalah dari Kampung Bukit, Baru, Masjid, Charuk Kelubi, Taman Permata dan Taman Semarak.


Penduduk Taman Semarak, Nizam Zakaria, 52, berkata, kebiasaannya haiwan berkenaan akan memasuki kawasan rumah penduduk dan menganggu mereka di waktu pagi.


Katanya, perkara itu menyebabkan penduduk khususnya wanita dan kanak-kanak dalam ketakutan.


“Kita bimbang babi-babi ini mencederakan penduduk jika tidak diambil tindakan,” katanya di sini.


Rodzi Saidin, 59, dari Kampung Bukit pula berkata, berdasarkan maklumat, babi itu banyak membiak di kawasan hutan Temusu, berdekatan kampung berkenaan.


“Oleh itu, saya harap Perhilitan dapat membuat tinjauan di kawasan hutan ini bagi menghalang haiwan tersebut menganggu lagi penduduk untuk mencari makanan,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE