Pada majlis berkenaan, seramai 300 pegawai kanan dari JPN, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) serta pengetua sekolah menengah di negeri ini hadir.

Lafaz ikrar itu diketuai Timbalan Pengarah JPN, Muhammad Zahari Othman dan kesemua IBR yang ditandatangani itu diserahkan kepada Pengarah SPRM negeri, Datuk Moh Samsudin Yusof

Dalam pada itu, Moh Samsudin berkata, setakat ini, sudah lima jabatan di negeri ini yang telah melaksanakan IBR termasuk JPN.

"Selepas ini, lebih banyak jabatan persekutuan mahupun negeri yang akan melaksanakan IBR ini untuk mencegah gejala rasuah ini sehingga ke peringkat bawahan," katanya. - UTUSAN ONLINE