Itu adalah empat perisa bubur lambuk disediakan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) untuk diedarkan kepada orang ramai seminggu sekali sepanjang Ramadan ini.

Penyediaan bubur lambuk itu diketuai bekas Pegawai Penyelidik Sejarah YWJ, Kamdi Kamil, 70, dengan dibantu 30 pekerja YWJ bermula 8 pagi tadi sebelum kira-kira 1,750 bungkus bubur tersebut diedarkan kepada orang ramai.

“Tradisi menyediakan bubur lambuk itu merupakan program tahunan YWJ sempena Ramadan di mana ia dimasak seminggu sekali.

“Penyediakan bubur lambuk hari ini melibatkan dua periuk perisa tomyam manakala masing-masing satu periuk perisa kurma, sup gear box dan briyani,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, setiap satu periuk bubur lambuk itu menggunakan 12 kilogram beras hancur dan mampu menghasilkan 350 bungkus bubur lambuk dengan bahan utama antaraya daging, ayam, udang, sotong, daun limau purut, bungan kantan kerisik dan rempah.

Beliau berkata, lazimnya, bubur lambuk YWJ bukan sahaja dinikmati para penjawat awam negeri ini malah mendapat perhatian keluarga Diraja Johor.

Kamdi memberitahu, resepi bubur lambuk terutama perisa tomyam dan sup gear box merupakan olahannya berdasasrkan pengalaman lebih 20 tahun menyediakan juadah berkenaan ketika menjadi Pengerusi Masjid Kampung Melayu Majidee, di sini. - UTUSAN ONLINE