Demikian luahan Saien Salikun, 78, yang menikahi [email protected] Mondok, 49, di Kampung Parit Abd. Rahman, Api-Api, dekat sini semalam.

Menurut Saien, allahyarham isterinya, Sailus Surep meninggal dunia pada usia 65 tahun dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sembilan orang anak serta 40 cucu dan cicit.

Mengakui tidak pernah terfikir untuk menjadi ‘pengantin baharu’ semula, warga emas ini akur dengan cadangan anak-anaknya supaya mencari teman hidup ke­rana tinggal bersendirian.

“Alhamduillah semua anak dan menantu merestui perkahwinan ini yang ingin melihat saya mempunyai teman dan mengurus makan minum seharian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Saien berharap Maimon dapat menerima kehadiran keluarga besarnya termasuk anak-anak dan menantu, cucu serta cicitnya dalam kehidupan mereka.

“Sebenarnya tidak sangka Maimon akan menerima risikan dan pinangan daripada anak saya kerana saya ini telah berusia,” katanya.

Sementara itu, isterinya yang juga lahir daripada keluarga besar, iaitu anak bongsu daripada 10 beradik dengan abang sulungnya berusia 73 tahun tetap menerima Saien seadanya.

“Saya terima jodoh ini dan semoga kami dapat hidup bahagia dan saling membantu selain sokongan daripada anak-anak dan menantu,” kata Maimon.