KHALED NORDIN
KHALED NORDIN

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu perlu bagi memastikan siasatan yang dibuat dapat memberi gambaran sebenar apa yang berlaku.


“Masyarakat diminta berhenti membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Koperasi Warisan Kampung Senibong, di sini sebentar tadi.


Arwah merupakan pelajar tahfiz yang kisahnya menjadi tular dalam media sosial setelah kedua belah kakinya dipotong didakwa akibat didera seorang pembantu warden. 


Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia pukul 2.05 petang Rabu lalu setelah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sejak 19 April lalu. - UTUSAN ONLINE