Beliau turut ditemani suami, Dennis Muhammad Abdullah.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Pada majlis tersebut, Tunku Aminah turut melancarkan Buku Keunikan Pertandingan Wau Tradisi Kebanggaan Malaysia.

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung tempatan dan pelancong asing.

Hadiri turut dihiburkan dengab persembahan oleh Kumpulan Eco World Symphony Drummers, Eco World Choir selain persembahan layang-layang bercahaya. - UTUSAN ONLINE