Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, menerusi sistem pangkalan data tersebut, NGO-NGO akan disenaraikan dalam satu laman web yang turut diwujudkan.

“Kita bukan hendak berprasangka buruk terhadap mereka (NGO) tetapi boleh menimbulkan keraguan apabila NGO-NGO yang tidak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, tetapi aktif dalam mengumpul dana.

“Justeru, saya rasa kita di negeri Johor perlu mewujudkan satu sistem database untuk memantau NGO-NGO sedia ada dan yang akan ditubuhkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Colours of UDA [email protected] di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pembangunan Perniagaan dan Projek Khas UDA Holdings Berhad, Datuk Nordin Murat.

Cai Tung berkata, dengan adanya sistem yang dicadangkan itu akan memudahkan kerajaan negeri membuat penyelarasan untuk memberikan sumbangan serta bagi mengelakkan sebarang salah kenyataan. - UTUSAN ONLINE