Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TMJ murah hati kurnia sumbangan

Md. Za nal  Misran (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan kepada
Md. Za’nal Misran (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan kepada Nurul Ashikin Ismail bersama anaknya di Blok Cengal 11, Taman Putri Kulai, Johor, semalam.

KULAI 5 Jun – Seorang suri rumah lega apabila menerima sumba­ngan RM1,000 kurniaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi memboleh­kan dia menjelaskan tunggakan sewa rumah yang tidak mampu dibayarnya sebelum ini.

Nurul Ashikin, 29, yang me­nyara lima anaknya berumur antara 10 hingga 11 tahun dan suami yang tidak bekerja mene­rima kurniaan yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kulai, Md. Za’nal Misran.

Turut menerima sumbangan ialah dua pasangan warga emas, iaitu Tuban Hitam dari Kampung Desa Harapan, Jalan Air Hitam dan Mahat [email protected] dari Kampung Sri Paya.

“Kurniaan Tunku Ismail Sultan Ibrahim seba­nyak RM1,000 amat besar mak­nanya bagi keluarga saya kerana wang itu dapatlah saya menjelaskan sewa rumah yang sudah lama tertunggak,’’ ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Blok Cengal 11, Taman Putri, dekat sini hari ini.

Menurutnya, kehidupan me­­reka sekeluarga tidak semewah mana dan dia menjual baju terpakai secara atas talian bagi membantu menambah pendapatan setelah suaminya, Zulizwan Abdullah, 31, tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga kini.

“Hasil jualan yang saya perolehi kira-kira RM500 sebulan dan ini dapat meringankan beban saya dalam menyediakan pakaian, makan dan minum untuk anak-anak,’’ ujarnya.

Nurul Ashikin berkata, dia juga turut menerima bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM300 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM400.

Sementara itu, MD. Za'nal ber­kata, sumbangan Tunku Ismail diberikan kepada golongan memerlukan seperti warga emas, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka yang me­ngalami kesem­pitan hidup.

“Kami berharap sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan yang ditanggung keluarga ini bagi menghadapi bulan Ramadan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain