Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TMJ hadir majlis khatam al-Quran

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM berbuka puasa bersama orang ramai
TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM berbuka puasa bersama orang ramai yang hadir dalam program Membudayakan al-Quran peringkat negeri di Masjid Bandar Tangkak, di Johor, kelmarin.

TANGKAK 13 Jun – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir majlis khatam al-Quran sempena Program Membudayakan al-Quran Peringkat Negeri di Masjid Bandar Tangkak di sini kelmarin.

Keberangkatan beliau diiringi isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Turut mengiringi, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Kha­led Nordin; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Mohamad Aziz; Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Pada majlis tersebut, Tunku Ismail turut menyertai program bacaan al-Quran bersama-sama jemaah masjid selain turut menyertai majlis tahlil sebelum meluangkan masa berbuka puasa bersama umat Islam di pekarangan masjid berkenaan.

Tunku Ismail turut menunaikan solat Maghrib yang diimamkan oleh Imam Masjid Bandar Tangkak, Mohd. Shafiee Bachok.

Sementara itu, Pengerusi Ja­watankuasa Agama ne­ge­ri, Abd. Mutalip Abd. Rahim da­lam ucapannya berkata, majlis khatam al-Quran itu adalah sebahagian daripada Program Membudayakan al-Quran Pe­ringkat Johor yang diadakan sejak 1996.

“Program ini sudah menjadi acara rasmi kerajaan negeri sejak 22 tahun lalu dan menjadi usaha untuk memartabatkan syi­ar Islam di negeri ini.

“Ia dilaksanakan bagi memastikan rakyat di negeri ini celik al-Quran. Justeru itu, program ini biasanya diadakan pada Ramadan yang juga sememangnya mempunyai perkaitan dengan al-Quran selain juga adalah ibadah yang afdal dilaksanakan oleh umat Islam,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain