Berita gembira itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi laman facebook rasminya kira-kira pukul 2 pagi ini.

Menerusi perkongsian itu, beliau kelihatan tersenyum gembira di sisi Che Puan Khaleeda bersama-sama putera kedua mereka itu dengan kapsyen:

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” tulisnya.

Tunku Ismail selamat diijab kabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene di sini pada 24 Oktober 2014.

Pada 25 Jun 2016, pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang puteri sulung yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.

Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017. - UTUSAN ONLINE