Menerusi Safwa, Tiram Tra­vel menyediakan pakej bernilai se­rendah RM5,050 bermula Oktober ini yang julung kali ditawarkan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan menginap di hotel bertaraf lima bintang pada harga yang amat menarik.

Pengurus Operasi Tiram Travel, Rohaidah Khamis berkata, menerusi pakej itu juga, jemaah akan disediakan makanan tiga kali sehari secara bufet di dewan yang menghadap Masjidil Haram.

Menurut beliau, pakej itu dijangka menjadi tarikan utama khususnya dalam kalangan warga emas kerana kedudukan hotel di dataran masjid berhadapan dengan pintu masuk Masjidil Haram.

“Jemaah digalakkan membuat pendaftaran awal dengan bayaran deposit RM1,000 seorang.

“Mereka tidak perlu bimbang kehilangan deposit kerana syarikat akan memulangkan deposit 100 peratus sekiranya pembatalan dibuat 100 hari sebelum tarikh penerbangan,” katanya di sini baru-baru ini.

Rohaidah berkata, untuk sebarang urusan para pe­langgan boleh membuat maklum balas me­lalui emel [email protected]

Jelasnya, ini adalah kali pertama syarikat memperkenalkan pemulangan penuh kepada jemaah supaya mereka boleh memilih dan membayar deposit tanpa berasa risau tentang kehilangan deposit.

Menurut Rohaidah, pe­langgan boleh menghubungi ibu pejabat Tiram Travel atau cawangan-cawangannya yang berhampiran dengan mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan.

Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat tambahan dengan melayari laman web www.tiram.com.my.