Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata,

jika ada yang didapati berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

Menurutnya, tindakan boleh dikenakan terhadap mereka mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“KPDNHEP hanya mengawal harga lima jenis penutup mulut dan hidung sahaja, namun, tiada kawalan harga bagi penutup mulut dan hidung jenis R95,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, lima jenis penutup hidung dan mulut yang dikawal harganya adalah penutup mulut dan hidung selapis bergelung (1 ply ear loop) harga borong RM5 sekotak dan harga runcit RM7 sekotak; dua lapis bergelung (2 ply ear loop) harga borong RM8 sekotak dan harga runcit RM10/sekotak serta tiga lapis bergelung (3 ply ear loop) harga borong RM25 sekotak dan harga runcit 80 sen seunit.

Tambahnya, turut dikawal adalah tiga lapis bertali (tie-on) harga borong RM30 sekotak dan harga runcit 80 sen serta N95 bergelung RM 100 sekotak dan harga runcit RM6 seunit. - UTUSAN ONLINE