Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tabung Prihatin perlukan RM200,000

Bagi menggantikan bumbung SMK Tan Sri Mohamed Rahmat yang rosak

ABD. RASHID KASMAN (tiga dari kanan) bersama para pelajar memasukkan
ABD. RASHID KASMAN (tiga dari kanan) bersama para pelajar memasukkan wang ke dalam Tabung Prihatin sambil diperhatikan oleh Rusaini Ahmad (kanan), di SMK Tan Sri Mohamed Rahmat, Kempas semalam. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 5 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Mohamed Rahmat, Kempas di sini me­nya­sarkan untuk mengumpul lebih RM200,000 menerusi pelancaran Tabung Prihatin sekolah ber­kenaan hari ini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Mohd. Ridhwan Othman berkata, tabung berkenaan dilancarkan untuk mengutip derma bagi membaiki bumbung sekolah berkenaan yang rosak akibat ribut pada 15 Jun lalu.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 5.10 petang itu, bumbung enam buah kelas Blok A dan ma­sing-masing satu kelas di Blok B dan C sekolah tersebut mengalami kerosakan dan diterbangkan angin.

“Hingga kini bumbung tersebut masih belum dapat dibaiki kerana ketiadaan peruntukan untuk membaik pulih. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk melancarkan tabung ini bagi membaik pulih kerosakan bumbung dan kelas yang terjejas akibat ribut tersebut,” katanya selepas pelancaran tabung dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah berkenaan hari ini.

Pelancaran tabung berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha kepada Ahli Parlimen Pulai, Datuk Abd. Rashid Kasman dan turut dihadiri pengetua sekolah tersebut, Rusaini Ahmad.

Mohd. Ridhwan berkata, pi­hak­nya akan menggerakkan tabung tersebut bagi mengutip derma da­ripada masyarakat setempat termasuk syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Berdasarkan penilaian awal, kita memerlukan kira-kira RM200,000 bagi membaiki kesemua kerosakan itu. Kami berharap kerosakan tersebut dapat diatasi segera bagi memberi keselesaan kepada para pelajar yang akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada November ini dan ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Oktober ini,” katanya.

Sementara Abd. Rashid berkata, Pejabat Parlimen Pulai akan membantu menggerakkan tabung tersebut dan berharap masyarakat bersama-sama memainkan pera­nan dalam menyumbang kepada pihak sekolah.

“Inilah masanya untuk ma­syarakat termasuk agensi swasta dan badan korporat dapat menjalankan tanggungjawab sosial korporat masing-masing,” kata­nya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain