Noraini, 45, adalah ibu kepada Nurhani Sofea Nazarudin, 12, merupakan antara 135 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Uda di sini hari ini.

Nurhani Sofea adalah anak kedua daripada empat beradik menghidap penyakit kencing manis sejak berusia tiga tahun.

Malah ibunya terpaksa me­nyuntik insulin kepada Nurhani Sofea sebelum UPSR bermula.

Ujar Noraini lagi, berikutan itu, dia perlu mengawal pemakanan anaknya itu setiap hari.

“Kalau dia kurang gula da­lam badan itu akan mengganggu mindanya serta badan menjadi lemah dan akhirnya dia mudah pengsan. Saya khuatir jika dia terlalu tertekan boleh menyebabkan kesan ke atas jantungnya.

“Pankreasnya juga sudah rosak dan dia perlu diinsulin setiap kali mahu makan,” kata­nya yang memberitahu anaknya kerap mengalami demam ketika masih kecil.

Guru matematik SK Kompleks Uda itu memberitahu, dia juga terpaksa memberhentikan pembelajaran Sekolah Agama Bandar Baru Uda sejak Februari lepas.

“Saya khuatir dia tidak dapat menduduki dua peperiksaan penting dalam tahun sama memandangkan dia bakal menghadapi peperiksaan darjah enam di sekolah agama.

“Oleh itu, saya mahu dia fo­kus terhadap peperiksaan UPSR dahulu, kemudian tahun depan mungkin dia akan sambung sekolah agama pula,” katanya yang memaklumkan anaknya memperoleh keputusan 4A 2B pada peperiksaan percubaan UPSR yang lalu.

Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah Rendah Johor Bahru, Sari'at Mokmin melawat ca­lon UPSR sekolah itu dan memberitahu, terdapat 11,208 calon UPSR daripada 98 sekolah di Johor Bahru.

“Terdapat tiga calon yang menduduki peperiksaan UPSR di hospital akibat mengalami masalah kesihatan,” katanya.