Ketibaan Sultan Johor diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani sebelum baginda diberikan taklimat berkenaan keadaan banjir di daerah ini.

Baginda kemudian beramah mesra dengan mangsa banjir sebelum meninjau tempat tidur dan kawasan penyediaan makanan di kedua-dua pusat pemindahan tersebut.

Sultan Ibrahim turut menyampaikan sumbangan barang keperluan dan sebelum berangkat pulang sempat mengingatkan mangsa banjir supaya menjaga diri terutama kanak-kanak.

Setakat ini seramai 1,239 orang dari 347 keluarga ditempatkan di pusat-pusat banjir sekitar daerah ini. - UTUSAN ONLINE