Sultan Johor menyerahkan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot yang turut disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Pada majlis yang sama, Sultan Ibrahim berkenan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi bagi tujuan wakaf surau dan kebajikan agama Islam di Mukim Jemaluang, Mersing. - UTUSAN ONLINE