Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, perkara itu kerana menyentuh kuasa Raja-Raja dan keistimewaan orang Melayu serta kemuliaan Agama Islam di negara ini.

“Kerajaan perlu ingat kepada kontrak sosial dalam sejarah pembentukan persekutuan Tanah Melayu dahulu, di mana keistimewaan orang Melayu dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak boleh disentuh atau dikurangkan.

“Oleh yang demikian, suka saya ingatkan kerajaan supaya tidak terus mengikut apa jua konvensyen antarabangsa hanya untuk mendapatkan pengiktirafan orang luar, tetapi akhirnya memusnahkan kedaulatan negara dan menggugat kesejahteraan hidup rakyat sendiri,” titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Dewan Singgahsana Istana Besar, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE