Pertandingan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Paloh itu membuatkan peserta cilik berkenaan teruja termasuk apabila Raja Zarith Sofiah duduk bersama-sama mereka dan turut sama mewarna.

Senyuman tidak lekang daripada bibir Permaisuri Johor itu apabila melihat keletah kanak-kanak berkenaan dan turut beramah mesra dengan mereka.

Semua itu meninggalkan kenangan manis kepada kanak-kanak tersebut, guru dan petugas yang boleh dianggap bertuah kerana Raja Zarith Sofiah mencemar duli untuk melawat dan bermesra dengan mereka.

 

Seri Kota Paloh merupakan destinasi kedua untuk KMJ 2019 hari ini yang diketuai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Konvoi KMJ 2019 sejauh 146 kilometer (km) pada hari ini turut diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar dan Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.

 

Turut berangkat ialah Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta suami kepada Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah, Datuk Dennis Muhammad Abdullah

Selepas 90 minit meluangkan masa bersama penduduk Paloh, rombongan KMJ 2019 meneruskan perjalanan sebelum singgah di Kahang dekat sini untuk mengisi bahan api dan ke destinasi terakhir di Dataran Teko, Mersing. - UTUSAN ONLINE