Selain mahasiswa tuan rumah, Konvensyen bertemakan Synergy Leaders For Tomorrow anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Hal Ehwal Mahasiswa (Hema) UTM itu turut disertai mahasiswa dari 10 universiti awam lain.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa KPT, Ahmad Fuad Ahmad Nordin berkata, program yang julung kali diadakan itu seharusnya digunakan sebaik­nya oleh mahasiswa untuk menonjolkan potensi diri masing-masing.

“Pelbagai pengisian program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang SDADIC'17 ini berlangsung juga mampu meningkatkan lagi ilmu penge­tahuan mahasiswa dalam pelbagai isu melibatkan golongan itu.

“Bukan itu sahaja, ia juga mampu menjadi motivasi kepada mahasiswa khususnya daripada golongan OKU bahawa kecacatan tidak seharus­nya menjadi penghalang untuk mencapai kejayaan,” katanya pada konvensyen itu.

Ahmad Fuad berkata, secara keseluruhan konvensyen itu berjaya mencapai objektif penganjurannya terutama dalam memperjuangkan hak dan keistimewaan pembangunan mahasiswa khususnya mahasiswa OKU.

Dalam pada itu, pertandi­ngan 3 Minutes Idea yang bertemakan Pembangunan Mahasiswa dan Mahasiswa OKU dimenangi Nur Shaqireen Zainon dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Idea dan inovasi Nur Shaqireen menerusi Kad Matrik Cakna melayakkannya membawa pulang wang tunai RM500, plak dan sijil penyertaan.