Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM15 bilion teroka industri robotik

MOHAMED Khaled Nordin menyerahkan sijil kepada seorang pelajar
MOHAMED Khaled Nordin menyerahkan sijil kepada seorang pelajar cemerlang selepas mesyuarat Agung PIBG dan Anugerah Kecemerlangan 2017 SMK Pasir Gudang, di Pasir Gudang, Johor, kelmarin.

PASIR GUDANG 1 Mei - Johor bakal meneroka industri robotik dengan nilai pelaburan RM15 bilion yang dijadualkan kerja-kerja pembangunannya bermula tahun ini.

Usaha itu yang akan dibangunkan Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama sebuah syarikat sistem robotik dari China merupakan yang pertama di Malaysia dan rantau ASEAN.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbincangan berkaitan industri tersebut kini dalam peringkat akhir untuk dibentangkan dan dua kawasan sudah dikenal pasti.

“Kawasan pembangunan industri robotik ini adalah di Sedenak di Iskandar Malaysia melibatkan pembinaan kilang dan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta jualan.

“Dijangka lebih 1,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan kelak apabila beroperasi,” ujarnya yang juga Pengerusi JCorp dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Anugerah Kecemerlangan 2017 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang.

Yang turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim; Pengetua SMK Pasir Gudang, Rosnah Ismail dan Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Amran Arsad.

Pada 14 April lalu, anak syarikat kerajaan Johor itu memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Beijing Huize Boyuan Robot Investment Company Limited China (Boyuan) di Shanghai, China bagi membangunkan projek berkenaan.

Mohamed Khaled berkata, sejajar perkembangan itu, Johor perlu menggerakkan modal insan yang bukan sahaja berilmu tetapi berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan dalam bidang tersebut pada masa akan datang.

“Kalau di negara maju seperti Singapura nisbah modal insan mereka ialah melahirkan empat akademik dan enam dalam bidang kemahiran berbanding negara kita tujuh akademik dan tiga dalam bidang kemahiran,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas berkata, keadaan tersebut perlu diseimbangkan supaya modal insan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memenuhi keperluan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain