Pengarah JPJ negeri, Razali Wagiman berkata, kesemua anggota berkenaan akan ditempatkan di seluruh daerah khususnya di pusat pengundian yang mempunyai bilangan pengundi yang ramai dan terletak dalam kawasan bandar.


“JPJ Johor serta beberapa agensi penguatkuasa lain telah bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor yang dipengerusikan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. bagi membantu MKN terutamanya dalam memastikan kelancaran aliran trafik pada hari pengundian nanti.


“Kita akan membantu anggota polis trafik melancarkan aliran trafik mengikut keperluan dan pada masa sama membantu memudahkan para pengundi ke tempat pengundian mereka,” katanya sempena Sambutan Hari JPJ ke-72 peringkat negeri di ibu pejabat JPJ negeri di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE